syukur....

alhamdulillah....walaupun keputusan temuduga tidak seperti yang diharapkan....aku tetap panjatkan rasa kesyukuran kepadanya.....rezeki lain diberikan kepada kami sekeluarga....

diuji lagi...

saat yang ditunggu...kami diuji lagi...

hanya tuhan yang tahu...
ya allah....tetapkan iman kami...
kuatkan kesabaran dalam diri kami....

taubat

Selama ini aku jauh dari Mu
Selama ini aku ingkar pada Mu
Begitu banyak dosa yang ku lakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa
Terkadang ku lupa, terkadang ku
ingat
Kuingin diriku bertobat
Ampuni aku dari dosa-dosa
yang kulakukan Pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan….
yang kulakukan
Begitu banyak dosa yang ku lakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa
Terkadang ku lupa terkadang ku ingat
Ku ingin diriku bertobat
Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang ku lakukan pd Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan
yang kulakukan Pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang kulakukan pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan
Yang ku lakukan pada Mu ya Allah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Ampuni aku ya Alla

DULU dan KINI

Dulu-dulu aku selalu terlibat
dalam kerja-kerja berkaitan pejabat
Kini-kini aku kena pandai-pandai
cari-cari kerja sendiri

Dulu-dulu kita selalu bincang
apa nak buat seterusnya
Kini-kini aku tak tahu apa perkara
yang berkaitan

Dulu-dulu aku rasa ada tanggungjawab
Kini-kini aku rasa tak bertanggungjawab
Kerja jadi lintang pukang

Aduhai...kenapa ada dulu dan kini
Kenapa perlu ada perbezaan

sepetang.......



sepetang ngan zarif...
heheheh sory ekk...
mr.tukang amik gambo..

realiti

Kawan…
Kadang-kadang sukar nak percaya apa yang telah berlaku..
terutama dari segi nilai persahabatan...

Kawan...
Inilah realitinya kehidupan...
Kadang-kadang kau rasa sangat bahagia dan sangat gembira kerana nilai persahabatan yang tinggi...

Tapi..
Itu bukan semudah yang kau sangka...
Mereka juga mudah untuk pergi...
Tanpa kau sangka...
Tanpa kau sedar...
Mereka cuba mengelak..
Seolah-olah kau manusia tidak berperkemanusian..

Mungkin..
Ada salah yang kau pun tak pasti....
Semua orang juga melakukan kesilapan...
Tak adil juga juga kita rasa apa yang kita rasa benar...

Indahnya....
Jika persahabatan seperti dulu...
Tidak ada tembok dan dinding sebagai penghalang....
Kau bebas bersuara....dan tak perlu rasa tidak selesa...

Adakah..
Ini akhirnya persahabatan yang kau bangga-banggakan..
Yang dulunya kau rasa sangat indah....
Kau jadikan kenangan...
Yang kau rasa sangat menyakitkan...
Jadikan pengajaran....

Nilai Persahabatan...
Bagi aku sangat tinggi...
Aku sangat faham...jika kau jauhkan diri untuk kau jadikan diri kau lebih baik..
Semoga lebih bahagia dengan kehidupan yang indah sekarang...
Maaf jika ada salah silap semasa kite bersahabat...

peluang

manusia ni kalau tak diberi peluang

disalahkan takdir

TAPI

kalau dah diberi peluang..
tak habis-habis komplain....

ikut hati

ikutkan hati...

mahu sahaja aku lari

ikutkan hati...
mahu sahaja aku pergi...

ikutkan hati..
semua benda tak menjadi...

merungut

kawan....

kerja jangan asyik nak merungut..
jangan asyik nak salahkan orang...
jangan rase kau sorang banyak kerja...

kawan...
tak semua orang tau setiap tugas...
jangan fikir semua orang tau..
kalau kau bersikap begitu...
orang lain pulak naik lemas...

dah biase....

aduh ...

aku memang dah biase...
setiap kali nak raya mesti berkampung kat office..

aduh...
memang dah terbiase...
setiap kali nak raye mesti kena submission...

tapi...
bile aku nak biasekan...
menunggu hari raya dengan rase tenang..

tapi...
tak sabar nak biasekan diri...
semoga Allah makbulkan doa kami..

bukan...
nak bersenang lenang...
cuma nak jauh dari kebiasaan...

m.u.k.t.a.m.a.d

Entah kenapa hati aku betul2 tak tenteram...rase bersalah tak henti-henti menyelebungi aku..keputusan yang dia buat dipengaruhi aku....aku cuma mahu lihat kau gembira....tapi nampaknya sebaliknya.....


Penghijrahan itu memberi tamparan hebat kepada aku....aku juga harus dipersalahkan...masa tetap berlalu keputusan yang diambil juga adalah muktamad...harap kamu redha dengan ketentuan ilahi...

Ini ujian buat kite....kesabaran itu akan memberi kebahagian pada kita suatu hari nanti....insyallah ALLAH itu maha mengetahui...semoga kamu menemui kejayaan satu hari nanti....



maaf yang tidak terhingga

tertipu...

alahai kami tertipu.....ingatkan ganjaran yang diberikan tapi cumalah sekadar??????...aku rase bersalah sangat dengan incik suami...harap-harap kami lebih tabah menempu hari mendatang

r.a.m.a.d.h.a.n

semoga kita menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini......

dihargai

Kawan bukan mudah mendapat penghargaan dari orang.....jika kau hanya dianggap biasa-biasa aja dan menjengkelkan...tak semua keputusan yang kau buat orang akan terima seadanya....kadang-kadang kau rasa ape yang kau cube buat adalah sebaik mungkin tetapi bagi orang yang merasakan kau hanya seorang yang tidak berkemampuan apa yang kau buat hanyalah sekecil zarah sahaja....


Aku mungkin bukan yang terbaik tetapi aku cuba jadi yang terbaik...amanah yang diberikan sementara kepada aku juga aku tidak dapat aku lakukan....bukan kerana aku tidak berusaha tetapi kerana sesetengah orang menganggap aku menjengkelkan akhirnya usaha yang aku buat tidak dipandang...........

18.08.09

Our 2nd Anniversary !!!

Pepagi dah dapat msg dari incik suami....berbunga-bunga sangat harini rasanya....
Semoga keluarga kami dicucuri rahmat darimu YA ALLAH...dan menjadi keluarga sakinah serta permudahkan segala urusan kami di dunia dan akhirat..

b.a.d.i

sebut jek badi...

akan timbul rasa gundah

rasenya....
seram...sejuk...semuanya ada

tapi...
itu yang aku kena hadapi ...

bukan aku...
tapi menjaga si kecil  yang terkena badi dengan penuh dugaan..

pengajaran...
sangat berharga untuk aku...

lebih berhati2..
itu yang perlu aku lakukan..

yang penting...
jangan ulangi kesilapan yang kau takkan pasti kesannya...


Pengorbanan..............

Berkorban atau pengorbanan...


Itu yang harus aku dan suami lakukan...zarif perlukan perhatian dari kami berdua..terutama aku kata jiran yang prihatin..manakan tidak aku sring tinggalkan si comel kerana tuntutan kerja.....

Apa...??????????

Aku bukan kejar kerja tetapi....mungkin orang tak faham...
Kata jiran : "aku rase kau kena berhenti...zarif ni perlukan kasih sayang!!!!!!!!!!
Kata aku  : "bukan aku tak bagi...rasenya sepenuh perhatian aku berikan"
Kata jiran : mungkin pada dia takk cukup...sebenarnya zarif budak baik...!!!
Kata aku : "abih nape pengasuh lama kata die buat peel jek...
Kata jiran : "Itulah die nak perhatian dari ayah dan ibu...........................
(kami saling berpandangan.......kemudian berbincang adakah aku atau die yang perlu berkorban...jika ikut tuntutan memang sepatutnya aku..tapi banyak perkara yang perlu aku pertimbangkan.....ini semua ujian Allah....kami redha menerima ketentuan illahi....naluri mengatakan aku...................aduhai....!!!!!!!!!!!!!!!! 

Demi zarif kalau ibu terpaksa berkorban ibu sanggup.......

demam

aduh....dah dua minggu zarif demam tak baik2...aku risau sangat..yang paling merisaukan aku sejak demam zarif langsung xnak dengan aku....sediyyyy tollllll....tapi apakan daya redha aje la...yang dicari ayah..ayah..ayah....


aduyai....

seminggu kami tak dapat tido....manakan tidak setiap kali terjaga zarif pasti menangis terjerit..jiran-jiran dah syorkan macam-macam kat kami....aduhai lemah aku tengok si jantung hati sorang nih...tapi xpelah apelah erti kehidupan jika tiada pengorbanan...terkenang emak di kampung yang banyak berkorban...bile difikir-fikir jasa emak tak dapat dibalas...well sempatlah gak aku coll mak tuk wish "hepi mother day'z"..nanti balik ingat nak celebrate birthday zarif...

hahahahaha...mak juga yang aku cari.... 

redang lagi...


2nd time ke redang..bukan untuk bercuti tapi lawatan sambil bekerja...alahai perjalanan yang sangat berbeza jika dibandingkan 1st time aku g dulu.....naik bot kecil yang muat2 tuk 30 orang...memang thrille skit arrr sebab masa ktorang gerak tu hujan lebat n laut tak brape tenang....first 10 min...aku pening tapi leh control....sampai kat taman laut ktorang stay lebih kurang kul 1 jam...n teruskan perjalanan ke perkampungan pulau redang....uiii perjalanan kali ni memang meletihkan...manakan tidak ktorang terpaksa pergi dan balik hari yang sama...n banyak masa di dalam bot...................tak sama macam bercuti dulu..aku rasa relax gile......sebab tak larat ofc mate aku si zam tu dah ter*****h masa balik..sian tgk die...alahai katanya serik naik bot.......



s.a.h.a.b.a.t


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, .

dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

suhabana'allah....

budak sombong....



ish...eksyen arr tu ngan ibu die....
mentang2 ayah belikan ferari..hahahahhaa



alahai budak sombong.....
eksyen sangat....
sibuk nak berkepit ngan ayah jek...




kau kata vs aku kata


bile aku tanya??? 
kau kata...
xde apa-apa

bile aku tanya lagi???
kau kata lagi...
xde apa-apa

TAPI

bile aku tengok...
memang macam ade sesuatu...
kau cube..
sembunyikan...

kau tak perlu berbohong..
aku kenal kau..
kalau ade..
bagitau aku...
tak perlu berselindung....

aku taknak hidup dalam kebencian...
kalau tak puas hati bagitau...
susah sangat nak mintak pertolongan dari aku...

demi allah...
aku tak berkira kawan...

kalau kau nak tau???
aku tak sabar nak pergi dari sini
cuma masa untuk aku belum tiba lagi...
yang pasti aku benci hidup begini...

alahai apasal aku emosi nih!!!!!!!!!!!!!!!


p.a.h.i.t

pengalaman pahit...


aku rasa semua orang pernah lalui,
dari pelbagai sudut dan perspektif...

tapi itu semua menjadi pengajaran buat aku,
setiap peristiwa yang berlaku ada hikmahnya...

apa yang mahu ditunjukkan???
yang pasti tak semua yang akan kekal...di dunia ini

kebaikan!!!
kejahatan!!!
kesangsian!!
kerungsingan!!!
kepura-puraan!!
ketidakpercayaan!!!

semuanya akan berubah sekelip mata,
kau akan jadi manusia yang tolol..
di dalam dunia yang kau rasa sangat berbeza...
kepercayaan akan lenyap...
malah kesangsian akan bermaharajalela....

perubahan itu memang sangat ketara..
yang pasti hanya ALLAH yang mengetahui semuanya...

jika kau cintakan suami ...dia akan pergi meninggalkan kau...
jika kau sayang keluarga..mereka juga tidak akan kekal..
jika kau sayang kawan-kawan....ianya hanya sementara......

hanya satu.....
yang kau patut sayangi dan cintai sepenuh hati...
ALLAH s.w.t

Fantasi vs Realiti


Kau sering berfantasi...
Mengimpikan kehidupan yang indah....
Kehidupan yang dikeliling dengan suasana yang ceria...

Tapi................

Kau menghadapi realiti yang berbeza...
Hidup kau memang indah....
Cuma suasana yang kau hadapi tidak mengindahkan kehidupan kau..

kata-kata itu


hari ni......
kata-kata itu yang aku harapkan untuk memberi semangat kepada aku.....

ya......
semoga kata-kata itu bukan sahaja memberi semangat pada hari tapi untuk hari yang seterusnya....

harapan.....
agar aku lebih bersemangat dengan kata-kata itu.......semoga lebih kuat menghadapi hari mendatang...

perubahan

serabut




hari ni aku betul2 serabut!!!!!

bukan sebab banyak keje jek!!!!!

masalah pengasuh anak aku!!!!!

yang penting aku memang...........SERABUT...




kadang-kadang


kadang2 orang x faham.....

kadang2 orang selalu cari salah kite....

kadang2 orang fikir kite yang sengaja....

kadang2 orang terlepas pandang....

kadang2 orang x fikir pengorbanan kita....

kadang2 kite juga melakukan kesilapan....


kadang2 kita x sedar yang kite hanya makhluk ciptaannya yang tidak sempurna...

kadang2 kita lupa itu semua kuasa ilahi.....



ta...ta...ta...ta....


ta...ta...ta....ta....!

yah.....!

izzul zarif memulakan bicara.....entah ape yang dimaksudkan aku kurang faham...tapi itu mungkin awalan bicara die...emmm...yang memusykilkan aku..ade perkataan YAH !!!!....alah bila pula bibir yang comel tu nak panggil ibu....BU..!! ...emmmm bukan ape...yang di sana tu eksyen gile...mentang2 anak manja ngan die...ye lah saya bukan xnak manjakan...tapi byk betul kerja yang harus dibereskan....

emmm....cuti kali ni memang bosan...




-: selamat ulang tahun :-


selamat ulang tahun...alahai bukan untuk aku tapi untuk "hubby" yang tercinte.....harap lebih tabah hadapi tahun 2009.....

alahai tak dapat nak "celebrate" lagi...manakan tidak......kertas kecil yang sepatutnya diterima...x sampai ke tangan aku...

apa2 pun untuk "hubby" semoga panjang umur dan harap segala akan impian terlaksana...


.O.


kosong.....

alahai bercuti..


di satu pagi nan indah dikelilingi flora dan fauna yang masih kekal di tengah-tengah kesibukan kota....satu percutian ala orang kota sedang berlangsung....

misi : "pembakaran secara terbuka..."
matlamat : "meraikan seseorang dan seorang lagi..."
objektif : "wujudkan kerjasama antara rakan sekerja"

emm.....tercapai atau tidak objektif kami.........aku mula mengimpikan satu percutian nan indah...alahai bile ye????????



e.n.t.a.h


"ni nak wat camne"....entah...
"ko buat ape"...entah...
"keje dah siap lom"....entah...
"dah prepare lom"...entah...

woiii.....ape yang ko tau semuanya entah!!!


“biar kite mencari kerja...jgn kerja mencari kite”


kerja itu ibarat satu ibadah yang harus kamu lakukan dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang paksaan... “mesyuarat tergempar” yang kami lancarkan membawa seribu erti yang sangat mendalam.....yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.....kalimah yang sangat bermakna jika seseorang itu memahami dengan lebih mendalam....aku ??????????? emmm bukan x faham.....maksud yang tersirat dalam “meeting” tersebut....tapi aku cukup mengerti dengan keadaan yang berlaku disekeliling aku....

J41..????



tahun baru...azam baru.....itu ayat yang aku sering aku dengar terutama bila masuk tahun baru....

sidia : emmm....dah tak tahan kerja ctu...otak tepu...
aku : sabo ade hikmah...
sidia : tapi sampai bile ????????????????????
aku : sampai "turn" kite...
sidia : target end of 2008........but now...
aku : diam...!!!!!!

aku tau...hati die tak tenteram......nak buat camne blom ade rezeki kite.........yang kite perlu buat sabar, berdoa dan usaha....kadang2 aku "down" gak.....klu sedih sidia lagi sedih...